issues on saiful’s “mubahalah”

Latest Update: 28 Aug 2008.

The National Fatwa Council (Majlis Fatwa Kebangsaan) had  decreed that “mubahalah” is applicable only after both parties (the plaintif and defendant) had gone through exhaustive legal proceeding in specified court. TQ

saifulsumpahjawi

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

  1. There were many comments from the public regarding Saiful’s unilateral “Mubahalah”. Few days back, people were fed with many confusing comments and remarks from politicians, Islamic scholars (ulamak) as well as from political analysts who think  they are “ulamak” too. Those comments were politically biased towards different camps.
  2. Some said it was made according to the Quran and want Anwar to swear exactly in the same manner. Others argued it resembled Christian’s teaching and carry no value at all. Another group even commented on the explicit words choose by Saiful to describe the unfortunate event.
  3. In my opinion, the most responsible comment (so far) came from Wilayah Persekutuan’s Mufti, Datuk Wan Zahidi Wan Teh. He explained that Saiful’s “mubahalah” was HARUS and not contradicted with Islam. In fact, the event was performed strictly according to Islamic teachings.
  4. His statement is highly welcomed. It seemed that the Mufti had conducted some literature reviews and managed to support his argument with relevant and authoritative viewpoints from various scholars.
  5. I firmly believe the Mufti’s statement could guide most ordinary people including me to understand the meaning of  the “swearing-on-the-Quran” and its consequences. It is because the statement was made in layman’s terms.
  6. Please read the article below (from Utusan Malaysia).

Mufti: Tidak bercanggah

  1. KUALA LUMPUR 19 Ogos – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mempertahankan sumpah Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos lalu sebagai harus dan tidak bercanggah dengan syariat Islam.
  2. Muftinya, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, hukum harus dan tidak bercanggah mengenai tindakan Mohd. Saiful itu boleh dilihat melalui pendapat ulama seperti Al-Allamah Abu Bakar Othman Muhammad Syatta al-Dimyati al-Bakri dalam kitabnya, Hasyiah l’anah al-Talibin.
  3. Katanya, Abu Bakar dalam kitab itu menjelaskan bahawa sumpah atau ‘yamin’ terbahagi kepada dua iaitu dalam perbicaraan di mahkamah dan kedua, di luar perbicaraan.
  4. “Dalam bahagian kedua ini, sumpah sah dilakukan oleh seseorang yang mukalaf dengan pilihan sendiri. “Perkara yang menjadi objek sumpah pula ialah perkara yang lalu atau yang akan datang, manakala perkara yang digunakan untuk bersumpah ialah nama Allah dan sifat-sifatnya dengan didahului oleh huruf qasam iaitu ‘waw’, ‘ba’ dan ‘ta’. “Sumpah seperti ini harus dilakukan jika difikirkan perlu, seperti untuk menguatkan percakapan atau kenyataan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
  5. Kata Wan Zahidi, melalui penjelasan itu, sumpah Mohd. Saiful adalah sah sebagai sumpah di luar perbicaraan atau alyamin qhairul qadhaiyah.
  6. “Dan ia juga bukan sumpah mubahalah seperti yang terdapat dalam ayat 61 surah Al-Imran kerana mubahalah memerlukan persetujuan pihak kedua,” katanya.
  7. Beliau selanjutnya memberikan contoh bagaimana upacara mubahalah antara Rasulullah SAW dengan rombongan Nasrani dari Najran tidak berlaku kerana mereka enggan melakukannya dan meminta pilihan lain.
  8. Kata beliau, dalam kitab yang sama menjelaskan mengenai pemberatan sumpah atau taghliz al-yamin yang boleh dilakukan dari segi tempat atau masa.
    Hukum
  9. Katanya, kitab itu menyatakan sumpah dapat diperkuat atau diberatkan jika dilakukan selepas sembahyang asar hari Jumaat, dalam masjid di sisi mimbar, meriba mushaf (al-Quran) dan meletak tangan di atasnya atau dibacakan kepadanya ayat 77 daripada surah al-Imran.
  10. Mengenai hukum meletak tangan atas mushaf, Wan Zahidi turut memberikan beberapa contoh fatwa tambahan selain daripada kandungan dalam kitab Hasyiah l’anah al-Talibin.
  11. Katanya, Mufti Mesir, Al-Sheikh Hasanin Muhammad Makhluf (1945-1950) dalam kitabnya, Fatwa Syariyyah ketika menjawab soalan mengenai hukum bersumpah dengan mushaf memetik pendapat Al-Imam Al-Aini iaitu:
    “Jika seseorang bersumpah dengan mushaf atau meletakkan tangan ke atasnya, atau berkata; Demi Quran ini – maka ia adalah sumpah yang sah mengikut pendapat Imam Syafie, Hanafi dan Hambali.’’
    Tambah beliau, Shaikh Muhammad Abu Zuhra dalam bukunya Fatawa al-Sheikh Muhammad Abu Zuhra dalam jawapannya kepada soalan tentang hukum bersumpah dengan nama Allah dengan meletakkan tangan atas mushaf menyatakan;
    “Bersumpah dengan nama Allah dengan meletakkan tangan ke atas mushaf adalah sumpah yang sah.”
  12. Justeru kata beliau, huraian yang diberikan dapat memperlihatkan dengan jelas bahawa sumpah yang dibuat Mohd. Saiful adalah menepati ajaran Islam dan tidak meniru Kristian.
  13. Tambahnya, persamaan zahir terhadap apa yang dilakukan oleh Mohd. Saiful tidak boleh dijadikan asas untuk menyamakan tindakan beliau itu sebagai meniru cara agama Kristian. “Misalnya paderi Kristian menyebut kalimah ‘amin’ ketika melakukan upacara doa di gereja, namun umat Islam tidak boleh dianggap meniru Kristian dengan menyebut kalimah ‘amin’ dalam sembahyang dan ketika berdoa,” katanya.
  14. Menurut Wan Zahidi, penjelasan daripada pihaknya adalah perlu memandangkan wujud percanggahan pandangan pelbagai pihak berhubung tindakan Mohd. Saiful itu.
    SUMBER ASAL

Leave a comment