mangkuk sakhti *

www.mykmu.net

Oleh : Husin Lempoyang Saudagar Unta

Laman: http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com

Tajuk Asal: Salah Itu Obama, Salah Tu…Ambil Anwar (Sila klik di sini untuk membaca artikel dalam bentuk asal)

  1. Amerika sekarang sedang hadapi masaalah ekonomi dan kewangan yang sangat tenat. Ekonomi mereka sudah tidak mengembang dengan pesat dan kenaikan minyak betul=-betul menyusahkan mereka. Krisis sub-prime dan kegagalan institusi kewangan, insurans, dan perbankan begitu besar hingga menyerupai Great Depression sebelum Perang Dunia. Disamping itu, belanjawan ketenteraaan Amerika di Afghanistan, Iraq dan lain-lain tempat sudah diluar jangkaun kemampuan.
  2. Dewan Senat Amerika pula melakukan kesilapan besar untuk meluluskan bailout sebanyak US$700 billion. Ini tidak akan memperbaiki keadaan. Amerika sepatutnya mengikuti program IMF untuk membiarkan pasaran bebas memainkan peranannya. Biar yang berkebolehan, naik. Yang tidak effisen, tidak boleh dibantu dan disokong tidak henti-henti. Untuk memulihkan ekonomi, Amerika patut berhentikan projek-projek pembangunan. Ia patut digandingkan dengan polisi kewangan – menaikkan kadar faedah dengan mendadak, 30% dari pinjaman Bank patut disuruh bayar balik segera, bayaran minima kredit kad patut diturunkan dari 10% ke 5%, pinjaman jual beli kenderaan dikurangkan, dan lain-lain.
  3. Husin tadi mendengar debat antara Obama melawan McCain. Semasa disoal oleh Tom Brokaw, moderator debat, Tom Brokaw siapa mereka akan ambil sebagai Setiausaha Perbendaharaan (Secretary of Treasury) untuk menyelesaikan masaalah ekonomi. McCain hanya jawab, “Bukan anda, Tom”. Obama pula cadangkan Pengurus Dana hebat, Warren Buffet.
  4. Salah tu Obama, salah. Ambil Anwar Ibrahim sebagai Setiausaha Perbendaharaan. Anwar adalah konsultan World Bank. Dan, juga pakar dalam program baik pulih ekonomi IMF. Walaupun dia hanya ijazah Malay Studies, keluar dari penjara dia jadi Adjunct Professor di Georgetown University dan hebat bercakap mengenai akauntabiliti dan Masyarakat Madani sampai ke Oxford dan Harvard. Pendik kata, apa dia cakap, Amerika akan dengar. Mustahak tu. Dialah Menteri Kewangan semasa Malaysia membangun dengan pesat. Minyak tak naik, ketika Anwar Menteri Kewangan.
  5. Anwar tidak ada kroni, tidak rasuah, tidak main politik wang untuk menjatuhkan Tun Ghaffar Baba, tidak guna wang untuk bayar ADUN Sabah lompat parti dari PBS, dan tidak tolong adik beradik dia jadi Penasihat KDEB. Nalla fitnah pasal duit RM60 juta. Azizan dan Saiful hanya fitnah. Betul, itu yang dia cakap. Tak akan sampai nak bersumpah.
  6. Jika Dr Mahathir tidak kacau dia, Anwar sudah pasti akan selamatkan masaalah krisis matawang tahun 1997. Malaysia lakukan bailout dan Selective Currency Control pada tahun 1997 kerana tidak mahu program IMF. Walaupun Dr Mahathir dilihat berjaya pulih ekonomi, sejak tahun 2004 hingga sekarang, 2008, ekonomi menjadi caca marba dan teruk. Ini menunjukan program pembaikan pulih ekonomi tahun 1998/2000 gagal.
  7. Obama, ambil Anwar. Semasa menjadi Menteri Kewangan dulu, dalam setahun Time Magazine gelarnya sebagai Minister of Finance of the Year. Margret Thatcher siap kata, “Kalau ada pilihan, dialah Menteri Kewangan yang dia mahu.” Rugi tak ambil. Dalam setahun, dia akan jadi Setiausaha Perbendaharaan of the Year. Selesai masalah Amerika. Percayalah guna cara IMF, tak payah bailout.

Artikel berkaitan: Klik sini

Leave a comment